KUCHING: 'Heart Of Borneo' yang ditandatangani pada 2007 melibatkan Malaysia, Brunei dan Indonesia semakin menampakkan kejayaan kepada Sarawak terutama dengan pertambahan hampir 70 peratus Kawasan Terlindung Sepenuhnya (TPA).
Menteri Muda Alam Sekitar, Datu Len Talif Salleh berkata, kejayaan tersebut dicapai dengan sokongan padu Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem yang memperkenalkan dasar mampan.
Menteri Muda Alam Sekitar, Datu Len Talif Salleh berkata, kejayaan tersebut dicapai dengan sokongan padu Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem yang memperkenalkan dasar mampan.
"Sejak diperkenalkan pada tahun 2007, Sarawak berjaya menambah hampir 70 peratus keluasan TPA dengan keluasan sebanyak 562,652 hektar kawasan Heart of Borneo (HoB) merangkumi keluasan keseluruhan 2.1 juta hektar," katanya ketika berucap merasmikan Sarawak Heart Of Borneo Seminar 2016 “Conserving Biodiversity Through Sustaining Communities Livelihood" di sini, hari ini.
Menurutnya, Sarawak berjaya mencapai beberapa pencapaian utama menerusi dasar-dasar bernas yang diperkenalkan Adenan.
Beliau menambah, kerajaan negeri akan terus komited dalam usaha memastikan pengurusan biodiversiti mampan di kawasan HoB dengan peningkatan jumlah TPA di Batang Balleh, Kapit dan Payeh Maga di Limbang
"Kini perkara terbabit masih dalam peringkat cadangan serta menyediakan sokongan dan komitmen kearah Pensijilan Pengurusan Hutan Mampan di kawasan-kawasan berlesen di HoB menjelang 2017," ujarnya.
Tambahnya, penglibatan hampir 12,800 orang daripada masyarakat tempatan turut memberi sumbangan secara langsung meningkatkan status ekonomi penduduk di kawasan terbabit.
"Kerajaan negeri juga akan memperuntukkan sejumlah RM329.8 juta untuk pelbagai program dan projek dibawah inisiatif pembangunan luar bandar yang disasarkan bagi membantu menyediakan infrastruktur asas dan dan kemudahan sosial di kawasan luar bandar," jelasnya.
Seminar tersebut bertujuan menjadi platform bertukar buah fikiran serta pengalaman di antara pihak berkepentingan, komuniti setempat dan pelbagai agensi yang dihadiri seramai 250 orang peserta. - Sarawakiana
TPA Di Sarawak Bertambah 70 Peratus Selepas HoB Diperkenalkan
Reviewed by Azmin
on
December 07, 2016
Rating:
No comments: