LAWAS: Seorang lelaki parah ditikam saudaranya sendiri ketika menghadiri majlis perkahwinan di di Kampung Awat-Awat, Sundar, di sini, malam tadi.
Dalam kejadian lebih kurang jam 8.30 malam itu, mangsa berusia dalam lingkungan 30an parah di bahagian perut sehingga mengakibatkan ususnya hampir terburai keluar.
Ketua Polis Daerah Lawas, Deputi Suprintendan Abang Zainal Abidin Abang Ahmad yang dipetik sebuah akhbar tempatan berkata, suspek berusia 53 tahun dikatakan cuba menikam orang lain namun terkena mangsa.
"Kesan tusukan pisau suspek mengakibatkan kecederaan parah pada bahagian perut mangsa dan hampir terburai," katanya.
Hasil siasatan awal mendapati suspek berkenaan mengalami masalah mental dan kini ditahan untuk siasatan lanjut.
Mangsa dikejarkan ke Hospital Queen Elizabeth Kota Kinabalu untuk menerima rawatan lanjut dan dilaporkan stabil.
Motif kejadian masih dalam siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan parah.-Sarawakiana
Usus Hampir Terburai Di Majlis Perkahwinan Di Lawas
Reviewed by Unknown
on
December 09, 2016
Rating:
Reviewed by Unknown
on
December 09, 2016
Rating:

No comments: