KUCHING: Seorang lelaki warga India dilaporkan hilang selepas terjatuh dari jeti Sin Seng Bintawa di sini malam tadi.
Mangsa yang hilang berasal dari Jaunpur, Uttar Pradesh India dan dikenali sebagai Himanshu Singh, 22
Menurut jurucakap bomba, sepasukan anggota dari balai Bomba dan Penyelamat(BBP) Tabuan Jaya dikerahkan ke lokasi kejadian sejurus laporan diterima.
"Sepasukan anggota bomba bersama agensi lain kemudiannya melancarkan gerakan operasi mencari mangsa," katanya.
Sehingga berita ini ditulis gerakan mencari dan menyelamat mangsa masih belum menemui apa-apa perkembangan.-Sarawakiana
Warga India Dikhuatiri Lemas
Reviewed by Unknown
on
December 09, 2016
Rating:
Reviewed by Unknown
on
December 09, 2016
Rating:

No comments: