Seo Services

Abang Jo Lalui Berbagai Pengalaman Dan Ranjau Dalam Politik


KUCHING: Pengerusi BNBBC Sarawak, Abdullah Hj.Saidol menyifatkan Datuk Amar Abang Abdul Rahman Zohari Tun Openg seorang yang berpengalaman serta melaui berbagai cabaran dan ranjau dalam politik dan pentadbiran Sarawak.

Menurutnya, kematangan politik beliau tidak perlu diragui kerana beliau telah menyelami falsafah politik Barisan Nasional (BN), malah telah melalui berbagai rintangan serta cabaran dalam politik Sarawak.

“Semasa Allahyarham Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem menjadi Ketua Negeri, beliau menjalinkan hubungan kerjasama serta persefahaman yang sangat akrab dengan Allahyarham,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Abdullah memohon agar rakyat Sarawak memberi peluang dan kepercayaan kepada Ketua Menteri baru untuk membangunkan negeri terutama untuk pembangunan luar bandar serta agendauntuk mempertahankan hak negeri.

“Saya mewakili semua rakan- rakan wakil rakyat seramai 48 orang Kelab Penyokong Kerajaan (Sarawak BNBBC) serta semua setiausaha-setiausaha Politik akan terus memberi sokongan dan kerjasama kepada Ketua Menteri baru sebagaimana kami bersepadu dalam menyokong perjuangan Tok Nan dahulu,” katanya.

Beliau menegaskan, walaupun masih terasa kesedihan dengan pemergian Tok Nan yang semua kasihi. Namun demi kepentingan negeri dan rakyat, sistem pentadbiran negeri mesti diteruskan dengan segera terutama yang melibatkan keputusan kabinet dan polisi-polisi kerajaan.

Beliau juga yakin Ketua Menteri baru akan meneruskan perjuangan serta inspirasi yang telah di corak oleh Allahyarham Adenan Satem serta ketua-ketua menteri sebelum ini. – Sarawakina
Abang Jo Lalui Berbagai Pengalaman Dan Ranjau Dalam Politik Abang Jo Lalui Berbagai Pengalaman Dan Ranjau Dalam Politik Reviewed by uMieySurianie on January 13, 2017 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.