Seo Services

Abang Jo 'Orang Lama' Dalam Politik Sarawak


KUCHING : Perlantikan Datuk Amar Abang Abdul Rahman Zohari Tun Abang Openg sebagai Ketua Menteri Sarawak ke enam adalah bertepatan kerana beliau merupakan orang lama dan berpengalaman luas dalam pentadbiran negeri.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Saribas Razi Sitam menyatakan perlantikan tersebut bertepatan pada masanya.

"Perlantikan Abang Jo adalah untuk meneruskan legasi kepimpinan Allahyarham Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem dalam membangunkan negeri ini ke mercu kecemerlangan.

"Kita yakin kepimpinan beliau akan membawa Sarawak lebih maju khususnya kawasan luar bandar," katanya kepada Sarawakiana.

Tambah Razi, Abang Jo mempunyai karisma tersendiri sebagai pemimpin yang banyak berjasa sama ada dalam parti mahupun pentadbiran kerajaan negeri.-Sarawakiana
Abang Jo 'Orang Lama' Dalam Politik Sarawak Abang Jo 'Orang Lama' Dalam Politik Sarawak Reviewed by Unknown on January 13, 2017 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.