KUCHING : Perlantikan Datuk Amar Abang Abdul Rahman Zohari Tun Abang Openg sebagai Ketua menteri Sarawak ke enam amat bertepatan memandangkan beliau mempunyai lebih pengalaman serta paling kanan dalam politik negeri ketika ini.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simunjan Awla Dris berkata, Abang Jo sudah sekian lama dalam Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) dan begitu faham dengan politik di Sarawak.
"Terlebih dahulu saya ingin merakamkan setinggi penghargaan dan tahniah kepada Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Haji Openg kerana telah dilantik sebagai Ketua Menteri Sarawak ke-6 setelah kembalinya kerahmatullah Ketua Menteri Tok Nan yang kita sanjungi dan sayangi pada 11.01.2017 ini tadi.
"Perlantikan Datuk Amar Abang Johari amat berketepatan dimana seluruh rakyat Sarawak masih lagi dalam kesedihan selepas kembalinya Allahyarham Tok Nan," katanya ketika dihubungi Sarawakiana.
Beliau turut berharap Datuk Amar Abang Jo meneruskan legasi Allahyarham Tok Nan dan kita di dalam Parti PBB sentiasa berdiri teguh di belakang beliau untuk memastikan kemajuan dan hasrat Allahyarham Tok Nan dapat kita teruskan bersama.
"Sekalung syabas dan tahniah sekali lagi untuk Datuk Amar Abang Johari bin Tun Abang Haji Openg atas perlantikan beliau sebagai Ketua Menteri Sarawak yang ke-6. Kami Anak Sarawak menyokong penuh perlantikan beliau," ujarnya.-Sarawakiana
Abang Jo Paling Berpengalaman Dalam Politik Sarawak
Reviewed by Unknown
on
January 13, 2017
Rating:
Reviewed by Unknown
on
January 13, 2017
Rating:

No comments: