MUKAH: Seorang pelajar sekolah menengah merupakan suspek yang ditahan di sini hari ini kerana membuat kenyataan berbaur fitnah dan hasutan terhadap kematian Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak, Datuk Dev Kumar berkata pelajar perempuan itu yang berumur 17 tahun menggunakan nama samaran ‘Zera Zera’ di Facebook ditahan polis Mukah pada pukul 10.45 pagi tadi.
“Kesnya sedang disiasat CID Bintulu di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Menurutnya sehingga hari ini sebanyak 40 laporan dibuat di 12 daerah polis dengan siasatan sedang dijalankan ke atas tujuh laporan.
Beliau memberitahu setakat ini lima individu telah ditahan oleh polis Sarawak kerana memuat naik kenyataan berunsur fitnah berhubung kematian Ketua Menteri. - Sarawakiana
Pelajar Sekolah Di Mukah Ditahan Fitnah Kematian Adenan
Reviewed by Admin
on
January 14, 2017
Rating:
Reviewed by Admin
on
January 14, 2017
Rating:

No comments: