Seo Services

[Video] Perasaan Sedih Yang Tidak Dapat Digambarkan - Nai Dinamik

KUCHING : Pemergian Allahyarham Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem cukup menyentuh hati setiap lapisan masyarakat di Sarawak.

Mohd Nurzainal Abdullah atau lebih dikenali Nai Dinamik artis yang popular dengan lagu ''Biar putih tulang jangan putih mata' turut merasai kesedihan yang tidak dapat digambarkan apabila mengetahui berita pemergian Allahyaham Ketua Menteri yang disayangi.

"Saya tidak lepas peluang untuk menyaksikan upacara pengebumiaan Allahyarham melalui kaca TV walau sesaat pun.

"Memang tidak dapat dibendung rasa sebak dan tidak terasa airmata mengalir di pipi. Saya turut membaca surah Yassin dan Al Fatihah untuk Allahyarham," katanya ketika dihubungi Sarawakiana.

Menurut Nai, Allahyarham merupakan pemimpin yang benar-benar berjiwa rakyat dan ianya terbukti melalui perubahan drastik dalam kepimpinan walaupun dalam masa singkat.

"Saya pernah membuat lagu untuk Allahyarham pada pilihanraya yang lepas yang mana liriknya adalah suara hati Allahyarham dan suara rakyat yang hauskan pembangunan, perubahan dan pembelaan dari seorang pemimpin yang menjadi inspirasi rakyat.

"Idea lagu tersebut timbul ketika ADUN Nangka Dr Annuar Rapaiee mempelawa saya untuk membuat persembahan untuk pelancaran piliharaya di RH Hotel Sibu yang pada masa itu turut dihadiri oleh Allahyarham dan Isteri," ujarnya.

Nai berkata, beliau telah merakam lagu tersebut seminggu sebelum majlis tersebut dan Allahyarham menyukai lagu tersebut.

"Tidak sangka Allahyarham sendiri naik ke pentas bersalam dengan saya setelah selesai membuat persembahan dan Allahyarham menghargai apa yang telah saya buat,"

"Memang tidak disangka bahawa seorang Ketua Menteri sanggup mendatangi orang seperti saya dan ia adalah satu kenangan manis yang tidak akan dilupakan," tambahnya lagi.

Nai turut mendoakan agar Allahyarham ditempatkan di kalangan orang beriman dan syurga menanti Allahyarham. Allahyarham seorang pemimpin yang disayangi oleh semua rakyat dan sukar untuk mencari pemimpin sepertinya.-Sarawakiana



[Video] Perasaan Sedih Yang Tidak Dapat Digambarkan - Nai Dinamik [Video] Perasaan Sedih Yang Tidak Dapat Digambarkan - Nai Dinamik Reviewed by Unknown on January 14, 2017 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.