Seo Services

Abang Jo Mampu Bawa Perubahan Dan Meneruskan Legasi Adenan


KUCHING : Perlantikan Abang Abdul Rahman Zohari Tun Abang Openg sebagai Ketua Menteri Sarawak ke enam akan menyaksikan perubahan pembangunan yang lebih positif.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sadong Jaya Aidel Lariwoo berkata bahawa Ketua Menteri yang baharu akan mewujudkan perubahan positif dalam memacu pembangunan negeri.

"Selain dari meneruskan dasar mesra yang sedia ada, beliau diyakini cukup berpengalaman dan mempunyai kepintaran memacu Sarawak lebih baik lagi," katanya kepada Sarawakiana.


ADUN Meradong Kuong Hiing Ding menyatakan bahawa Ketua Menteri baharu mampu melakukan apa yang Adenan telah tinggalkan untuk kebaikan Sarawak.

"Sebagai contoh perjuangan berkenaan autonomi sarawak dan seterusnya yang berkaitan.

"Kami akan tetap menyokong Abang Jo sebagai Ketua Menteri Sarawak untuk kemajuan Sarawak seterusnya," ujarnya. - Sarawakiana
Abang Jo Mampu Bawa Perubahan Dan Meneruskan Legasi Adenan Abang Jo Mampu Bawa Perubahan Dan Meneruskan Legasi Adenan Reviewed by Unknown on January 14, 2017 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.