Seo Services

BN Yakin Kemampuan Abang Johari Terajui Sarawak


PUTRAJAYA: Barisan Nasional (BN) yakin dengan kemampuan Ketua Menteri yang baharu, Datuk Amar Abang Johari Abang Openg untuk menerajui kepemimpinan Sarawak, sekali gus terus membangunkan dan memakmurkan negeri itu.

Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, berkata beliau juga percaya dengan kepemimpinan Abang Johari akan menjadikan BN di negeri itu bertambah kuat seperti mana yang pernah dilaksanakan oleh Allahyarham Tan Sri Adenan Satem sebelum ini.

"Saya percaya beliau dapat meneruskan visi dan misi Allahyarham Adenan untuk menjadikan Sarawak terus maju dan membangun di samping menjaga kesejahteraan rakyat," katanya ketika ditemui selepas merasmikan Kejohanan Ping Pong Terbuka Putrajaya 2017 di Kompleks Kejiranan Presint 11 di sini, hari ini.

Kejohanan Ping Pong Terbuka Putrajaya 2017 yang diadakan selama tiga hari bermula semalam mendapat pengiktirafan Malaysia Book of Record dengan penyertaan paling ramai iaitu 1,035 peserta.

Abang Johari yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Satok dilantik sebagai Ketua Menteri Sarawak yang keenam bagi menggantikan Adenan yang meninggal dunia akibat komplikasi jantung di Pusat Jantung Hospital Umum Sarawak, Kota Sarawak Rabu lalu

Mengulas mengenai kekosongan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjong Datu susulan kematian Adenan, Tengku Adnan menjelaskan BN sama ada di peringkat persekutuan juga negeri bersedia untuk menghadapi pilihan raya kecil (PRK) yang bakal diadakan. "Kita tunggu dulu apa yang akan diputuskan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhubung kekosongan itu," katanya.
-BH
BN Yakin Kemampuan Abang Johari Terajui Sarawak BN Yakin Kemampuan Abang Johari Terajui Sarawak Reviewed by Unknown on January 14, 2017 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.