![]() |
| Foto: Muhd Asyaraf Sawal |
PEKAN: Datuk Seri Najib Razak meluangkan masa melawat Ketua UMNO Cawangan Dusun Pinang, Ghazali Omar, 59, yang menderita sakit kanser kelenjar tahap empat di Kampung Pahang Tua, di sini, sebentar tadi.
Perdana Menteri yang juga Ahli Parlimen Pekan, tiba di rumah itu kira-kira jam 10.20 pagi dan meluangkan masa kira-kira 20 minit bersama Ghazali serta ahli keluarganya.
Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Peramu Jaya, Datuk Seri Sh Mohmed Puzi Sh Mohamed Ali.
Ghazali, ketika ditemui selepas itu, berkata beliau gembira dan berterima kasih kepada Najib kerana sudi melawatnya.
"Saya dapat tahu Perdana Menteri mahu melawat saya pada 9 Januari lalu dan pada waktu itu saya terkejut dan terharu sehingga mengalirkan air mata," katanya.
Ghazali menjadi Ketua Cawangan UMNO Dusun Pinang sejak 2000 sehingga kini.- BH
PM Lawat Ketua Cawangan Derita Kanser
Reviewed by uMieySurianie
on
January 15, 2017
Rating:
Reviewed by uMieySurianie
on
January 15, 2017
Rating:

No comments: