Seo Services

Arab Saudi Bakal Ambil Langkah Laksana GST Seperti Malaysia


Kerajaan Arab Saudi akan turut memperkenalkan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) di negara mereka tidak lama lagi menurut Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Memetik laporan berita tempatan, Najib yang juga merangkap Menteri Kewangan berkata, langkah kerajaan memperkenalkan GST sejak April 2015 bukanlah satu langkah yang salah memandangkan Arab Saudi yang merupakan negara yang kaya turut akan melaksanakan perkara sama kepada rakyat mereka.

“Kerajaan Arab Saudi yang kaya dengan minyak pun perkenalkan GST, maka adalah sebab yang munasabah GST diperkenalkan," katanya.

Beliau memberitahu bahawa kerajaan Arab Saudi yang merupakan negara pengeluar minyak terbesar dunia telah menaikkan harga minyak sebanyak 50 peratus di negara mereka.

“Saya nak beritahu harga minyak di Arab Saudi naik 50%, kita di sini riuh rendah kalau naik 10 sen, 20 sen tapi di Arab Saudi dah naik 50 peratus,"

Justeru, Najib mengingatkan semua pihak supaya tidak mengelirukan rakyat mengenai langkah-langkah yang dilaksanakan kerajaan kerana ia dibuat dengan mengambil kira kepentingan rakyat dalam jangka masa pendek dan panjang. - Sarawakiana
Arab Saudi Bakal Ambil Langkah Laksana GST Seperti Malaysia Arab Saudi Bakal Ambil Langkah Laksana GST Seperti Malaysia Reviewed by Unknown on February 27, 2017 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.