Sikap manusia sukar dijangka sebab setiap perkara memang tidak akan memuaskan hati selagi ia tidak melibatkan manusia itu sendiri.
Kopi 'O' panas kurang manis satu, kata rakan memesan minuman kepada pelayan di sebuah kedai kopi. Pertemuan penulis dengan beliau memang tidak dirancang, justeru pelbagai topik menjadi bahan menarik perbualan pagi ini.
Banyak pihak telah menabur fitnah kononnya UMNO akan masuk Sarawak, semata-mata untuk meragui kempimpinan Abang Jo.
Pada pandangan beliau, sudah bertahun-tahun hal sebegini kedengaran masa Abang Johari masih lagi jadi Timbalan Ketua Menteri. Memang ada yang jadi api dalam sekam kerana tidak mencapai apa yang dihajati walaupun muka baik dihadapan tapi tindakan iblis di belakang.
Kesannya pembangkang mengambil kesempatan dengan menjadikannya ropaganda untuk menentang Abang Johari. Inilah sikap orang kita yang tidak pernah mensyukuri apa yang ada. Sanggup baling batu dan sembunyi tangan.
Beliau menambah, tidak ada anak watan yang menjadi Ketua Menteri akan menggadai negeri dan meminggirkan rakyat. Kelemahan memang ada tetapi ia dapat diatasi jika perjuangan untuk rakyat menjadi sebahagian daripada jiwa pemimpin.
'Biar jak Abang Jo jaga Sarawak' kerana Abang Johari tidak akan mengkhianati Sarawak kerana jika beliau khianati maka beliau derhaka kepada Ayahanda beliau Allahyarham Tun Openg Gabenor pertama Sarawak yang telah menandatangani Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan mewujudkan negara bernama Malaysia pada hari ini.-Sarawakiana
Aram Ngupi : 'Biar Jak Abang Jo Jaga Sarawak'
Reviewed by Unknown
on
February 27, 2017
Rating:
No comments: