Seo Services

Aram Ngupi : 'Jangan Main-Main Dengan Boyak Pok'



Kes serangan buaya di Sarawak merisaukan kerana meningkatnya penduduk yang mati akibat dibaham buaya. Dengan penambahan populasi buaya di seluruh sungai Sarawak, ramai nelayan yang bergantung kepada sungai sebagai sumber rezeki terpaksa mencari inisiatif lain.

Sambil menghirup kopi 'O' panas kurang manis di sebuah kedai kopi, rakan mulakan perbualan yang menjadi isu hangat di Sarawak ketika ini. Beliau yang tinggal di perkampungan berhampiran sungai risau dengan perkembangan kes serangan buaya terhadap manusia. Risaukan ahli keluarganya yang terdedah dengan hal tersebut kerana rumahnya berhampiran sungai.

Beliau berkata, masalah yang di hadapi ketika ini adalah pertubuhan yang berkaitan dengan pemuliharaan haiwan dunia tidak membenarkan buaya dibunuh kerana buaya adalah haiwan terlindung. Beliau turut menyokong usaha Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Malaysia mendapat kebenaran daripada pertubuhan dunia agar buaya di Sarawak boleh diburu dan dibunuh.

Katanya, bukan orang luar negara yang mati dibaham buaya di sini, tetapi ahli keluarga di sini yang sentiasa berhadapan dengan serangan buaya. Satu lagi masalah penduduk ialah untuk mendapat permit membunuh buaya. Beliau berpendapat agar dipermudahkan mendapat permit supaya kerja memburu buaya mudah bagi penduduk lakukan.

Bukan untuk menentang undang-undang tetapi demi keselamatan manusia sesuatu yang harus perlu dilakukan agar keselamatan penduduk yang berada di tebingan sungai akan merasa lebih selamat, kata rakan.

'Jangan main-main dengan boyak pok' tegas rakan. Buaya tidak memilih jika menyerang manusia, kecil besar, tua muda pasti akan menjadi mangsa jika buaya sudah mengamok. Harap kerajaan memberi pelepasa untuk penduduk membunuh buaya tanpa memerlukan syarat yang ketat. Semuanya terpaksa kerana nyawa penduduk lebih utama daripada peraturan yang ketat, tambah rakan lagi.-Sarawakiana
Aram Ngupi : 'Jangan Main-Main Dengan Boyak Pok' Aram Ngupi : 'Jangan Main-Main Dengan Boyak Pok' Reviewed by Unknown on February 25, 2017 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.