Seo Services

"Buah Binggang Saya Sudah Dicuri," pembantu rumah


MATARAM: Seorang pekerja dari Lombok Utara, di Nusa Tenggara mengesyaki beliau menjadi mangsa pemerdagangan organ ketika bekerja di Doha, Qatar. 

Sri Rabitah, 25, berkata beliau yang mula bekerja sebagai pembantu rumah di Doha pada 2014, turut mendakwa didera oleh majikan pertamanya. 

Katanya, beliau dibawa ke hospital selepas tiga hari bekerja dan tanpa diketahui puncanya terpaksa menjalani satu pembedahan. 

Sri Rabitah berkata, sebaik sahaja sedar daripada pembedahan pada keesokan harinya, beliau mendapati ada balutan pada bahagian perutnya. 

Beliau mendakwa majikannya tidak berkata apa-apa berhubung perkara itu, sebaliknya mengembalikannya ke agensi pekerjaan. 

Selepas itu, Sri diarah bekerja dengan majikan lain tetapi dihantar pulang ke Indonesia pada tahun yang sama kerana beliau sering jatuh sakit. 

Sri yang berasal dari Kampung Sesait kemudiannya mendapati salah satu daripada buah pinggangnya sudah dikeluarkan ketika menjalani pemeriksaan di hospital. 

Beliau kemudiannya mengunjungi pejabat Pegawai Daerah Lombok utara bagi mendapat bantuan. 

"Saya mahu kerajaan menyaman dalang perbuatan ini. Buah pinggang saya sudah dicuri," katanya. The Jakarta Post
"Buah Binggang Saya Sudah Dicuri," pembantu rumah "Buah Binggang Saya Sudah Dicuri," pembantu rumah Reviewed by Azmin on February 28, 2017 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.