Seo Services

Cubaan Wanita Bunuh Diri Gagal


BEIJING: Cubaan seorang wanita untuk melemaskan diri gagal apabila berat badannya yang berlebihan menghalangnya daripada tenggelam, lapor akhbar tempatan.

Menurut laporan Nanfang Daily, wanita itu cuba untuk membunuh diri dengan terjun ke sebuah sungai di Zhongshan di wilayah Guangdong pada Jumaat lalu.

Pasukan penyelamat tiba di lokasi kejadian sebaik sahaja menerima panggilan kecemasan.

Wanita tersebut kemudiannya ditarik menghampiri bot penyelamat dengan menggunakan tali pinggang penyelamat, tetapi sukar untuk dipakaikan berikutan saiz badannya yang besar.

Bagaimanapun, keadaan wanita itu yang terapung di air memudahkan penyelamat mengesannya sebelum menyelamatkannya.

Wanita berkenaan dalam keadaan sedar ketika diselamatkan dan kemudiannya dibawa ke hospital untuk pemerhatian.

Laporan memetik seorang lelaki yang mendakwa sebagai rakan kepada wanita itu sebagai berkata, dia tidak pasti punca rakannya mahu membunuh diri. – South China Morning Post


Cubaan Wanita Bunuh Diri Gagal Cubaan Wanita Bunuh Diri Gagal Reviewed by Unknown on February 27, 2017 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.