Seo Services

Dawos Undur Diri, Tidak Bertanding Pada PRU 14

 

KUCHING: Ahli Parlimen Puncak Borneo Datuk Seri Dr James Dawos, mengumum beliau tidak akan bertanding semula mempertahan kerusi Parlimen empat penggal disandangnya pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) akan datang.

Beliau menamakan pegawai khasnya Datuk Detta Samen sebagai calon berpotensi menggantikannya bagi mewakili Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) di kerusi berkenaan.

Dawos juga pengerusi PBB Cawangan Mambong berkata, dengan keadaan kesihatan tidak mengizinkan beliau untuk meneruskan karier politiknya.

“Saya mengundur diri, saya tidak akan bertanding semula pada (PRU14) akan datang atas sebab kesihatan dan saya meminta kepada Detta (Datuk Detta) menggantikan saya sebagai calon berpotensi mewakili PBB bertanding di kerusi berkenaan,” katanya.

Beliau berkata demikian berucap pada majlis makan tengah hari bersama 11 ketua kampung di kawasan Sitang, Penrissen yang diadakan di Siburan, semalam.

Katanya, beliau mengadakan majlis makan tengah hari sama dengan ketua kampung lain di bawah konstituensinya untuk memberitahu mereka mengenai perkembangan terkini.

Dawos juga Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air berkata, beliau memilih Detta merupakan Timbalan Ketua Cawangan PBB Mambong sebagai calon berpotensi kerana beliau sangat mengetahui kawasan kerana bersama beliau (Dawos) mengadakan beberapa lawatan di konstituensi sejak 10 tahun lepas.

Beliau percaya Detta merupakan peguam dan telah berkhidmat sebagai Pesuruhjaya Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) untuk dalam dan luar negara, adalah sebagai calon paling tepat.

Dawos yang tidak dapat turun padang ke kawasan sejak akhir-akhir ini turut memohon maaf kerana tidak dapat berbuat demikian.

“Saya tidak dapat turun padang bersama rakyat kerana penglihatan saya yang tidak jelas dan saya memohon maaf atas perkara ini,” katanya sambil memberitahu Detta turun padang bagi menggantikan beliau.

Bagaimanapun katanya, beliau berpuas hati dengan prestasinya dalam politik sejak 18 tahun turut membawa pembangunan infrastruktur bermakna dan kemudahan asas ke kawasan.

Dawos memulakan karier politik sebagai ahli Parlimen pada pilihan raya umum 1999 apabila beliau bertanding atas tiket BN di kerusi Parlimen Mambong.

Beliau di samping itu menyeru kepada ahli parti supaya mempersiapkan diri dengan pilihan raya, yang beliau jangka mungkin diadakan pada tahun ini.-UB
Dawos Undur Diri, Tidak Bertanding Pada PRU 14 Dawos Undur Diri, Tidak Bertanding Pada PRU 14 Reviewed by Unknown on February 26, 2017 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.