Seo Services

Keputusan STPM Di Sarawak Sangat Memuaskan


KUCHING: Seramai 58 orang atau 1.26 peratus calon Sekolah Menengah Kebangsaan Negeri Sarawak bagi peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) berjaya mencapai Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) 4.00 pada tahun 2016 berbanding 18 orang (0.36 peratus) tahun 2015.

Pengarah Pendidikan Sarawak, Rakayah Madon berkata, prestasi tersebut menunjukkan pertambahan bilangan calon yang memperoleh PNGK maksima 4.00 amat ketara jika dibandingkan prestasi tahun 2015 iaitu pertambahan seramai 40 orang calon.

"Manakala 1,428 atau 29.94 peratus calon mendapat PNGK 3.00 ke atas berbanding 1,256 atau (24.90 peratus) pada 2015. Peningkatan sebanyak 5.04 peratus," katanya menerusi kenyataan akhbar.

Menurutnya, sebanyak 21 buah sekolah mencapai keputusan STPM 2016 dengan memberangsangkan iaitu PNGK melebihi 2.80.

Sekolah berkenaan terdiri daripada SMK Sacred Heart, Sibu dengan 3.36, SMK Chung Hua, Sibu (3.17), SMK Tung Hua, Sibu (3.07), SMK St. Thomas, Kuching (3.02), SMK Lanang, Sibu (2.99), SMK Bandar Sibu, Sibu (2.98), SMK Jalan Oya, Sibu (2.97), SMK Tarat, Samarahan (2.97), SMK Methodist, Sibu (2.93), SMK Chung Hua, Miri (2.91), SMK Agama Miri, Miri (2.90), SMK Batu Kawa, Kuching (2.90), SMK St. Anthony, Sarikei (2.89), SMK Pusa, Betong (2.89), SMK Teknik Sejingkat, Kuching (2.88), SMK Oya, Dalat (2.86), SMK Kampung Nangka, Sibu (2.85), SMK Wira Penrissen, Kota Samarahan (2.83), SMK St. Joseph, Kuching (2.81), SMK Green Road, Kuching (2.81) dan SMK Bako, Kuching (2.81).

Rakayah menjelaskan, seramai 4,680 orang atau 98.11 peratus calon sekolah mendapat sijil STPM pada tahun 2016 berbanding dengan 4,861 calon
(96.39 peratus) tahun lepas iaitu meningkat sebanyak 1.72 peratus.

"Daripada jumlah calon tersebut, seramai 13 calon (0.27 peratus) lulus penuh dalam 5 mata pelajaran (5P), 3,075 calon (64.47 peratus) lulus penuh dalam 4 mata pelajaran (4P), 817 calon (17.13 peratus) lulus penuh dalam 3 mata pelajaran (3P), 455 calon (9.54 peratus) lulus penuh dalam 2 mata pelajaran (2P) manakala 320 calon (6.71 peratus) lulus penuh dalam satu mata pelajaran (1P)," ujarnya.

Menurutnya lagi, keputusan STPM 2016 adalah pada tahap yang sangat memuaskan berdasarkan peningkatan dalam PNGK bagi Negeri Sarawak berbanding dengan tahun 2015, iaitu daripada PNGK 2.48 pada tahun 2015 kepada 2.59 pada tahun 2016.-Sarawakiana
Keputusan STPM Di Sarawak Sangat Memuaskan Keputusan STPM Di Sarawak Sangat Memuaskan Reviewed by Unknown on February 28, 2017 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.