KUALA LUMPUR : Seorang lelaki ditemukan mati lemas dipercayai terjatuh dalam kumbahan berhampiran kawasan pembentungan sisa pepejal di tapak pelupusan di Bukit Tagar, dekat sini hari ini.
Mangsa, Tan Chain Peng, 55, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd. Sani Harul berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 12.30 tengah hari dan sepasukan anggota serta Unit Selam dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kubu Bharu dikejarkan ke lokasi kejadian.
Menurut beliau, pihaknya menerima maklumat terdapat seorang lelaki jatuh dan lemas dalam kumbahan di kawasan tersebut.
“Pihak bomba pada mulanya mencari mangsa di kawasan permukaan air namun gagal ditemukan. Susulan itu, dua anggota ditugaskan untuk menyelam ke permukaan bawah kumbahan itu bagi operasi mencari dan menyelamat.
“Mayat mangsa berjaya ditemukan pada pukul 4.10 petang dan kini telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya di sini hari ini.- UTUSAN ONLINE
Lelaki Mati Lemas Dalam Kawasan Pembentungan
Reviewed by Unknown
on
February 25, 2017
Rating:
No comments: