Seo Services

Lelaki Pengsan Selepas Disebat 8 Kali Di Aceh


BANDA ACEH: Seorang lelaki pengsan ketika menjalani hukuman sebat di hadapan orang ramai, hari ini kerana didapati bersalah berdua-duaan dengan wanita bukan isterinya yang sah, sekali gus melanggar undang-undang Islam yang dikuatkuasakan di wilayah itu. 

Herizal Yunus, 27, pengsan selepas dirotan lapan kali di hadapan orang ramai di Aceh, iaitu satu-satu wilayah di negara majoriti Islam Indonesia, yang menguatkuasakan undang-undang syariah. 

Pihak berkuasa mengangkat lelaki itu ke atas pentas selepas dia pengsan ketika proses hukuman dijalankan oleh pegawai agama di luar masjid di ibu kota wilayah Banda Aceh. 

Bagaimanapun, doktor yang diarah memeriksa keadaan Herizal mendapati dia sihat dan dibawa semula ke atas pentas untuk menjalani baki hukuman sebanyak 14 kali sebatan. 

Mahkamah syariah tempatan menjatuhkan hukuman sebatan sebanyak 22 kali ke atas tertuduh. 

Dia didapati melanggar undang-undang Islam yang melarang orang ramai di Aceh daripada berdua-duaan dengan pasangan mereka, yang bukan isteri atau suami yang sah. 

Herizal adalah antara lapan tertuduh yang dijatuhi hukuman sebat di hadapan orang ramai, hari ini kerana melanggar peraturan Islam yang dilaksanakan di wilayah itu. - AFP
Lelaki Pengsan Selepas Disebat 8 Kali Di Aceh Lelaki Pengsan Selepas Disebat 8 Kali Di Aceh Reviewed by Azmin on February 28, 2017 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.