Seo Services

Pemberian BR1M Bukan Rasuah, Perlaksanaan GST Adalah Tepat


KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak menegaskan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) bukan rasuah seperti didakwa Tun Dr Mahathir Mohamad dan pembangkang.

Perdana Menteri berkata, ini kerana langkah kerajaan mewujudkan BR1M turut dilaksanakan kerajaan Arab Saudi untuk membantu rakyat negara itu yang memerlukan bantuan.

"Sempena lawatan Raja Salman Abdulaziz Al-Saud (Raja Arab Saudi) ke Malaysia, saya sempat berbual dengan beberapa orang menteri kerajaan negara itu.

"Mereka mengatakan ada buat langkah memasukkan wang ke dalam akaun bank dengan penduduk mereka sebagai bantuan kepada keluarga yang memerlukan bantuan.

"Apabila saya dapat tahu ini, dan Tun Dr Mahathir (Mohamad) kata BR1M rasuah, apa beza dengan bantuan kewangan yang Arab Saudi berikan kepada rakyatnya?

"Kalau Arab Saudi beri wang dan dana kepada rakyatnya bukan dianggap sebagai rasuah, mengapa kalau kita buat dianggap rasuah? BR1M bukan rasuah, tetapi untuk tolong rakyat yang memerlukan bantuan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Residensi Kerinchi dan Kenduri 1 Wilayah Persekutuan peringkat Parlimen Lembah Pantai di Kerinchi, sebentar tadi.

Najb berkata, beliau turut dimaklumkan yang kerajaan Arab Saudi bakal memperkenalkan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) tidak lama lagi.

"Maknanya langkah kita memperkenalkan GST bukan langkah yang salah. Apabila Arab Saudi hendak perkenal GST, tentu ada sebab munasabah mengapa hendak laksanakannya.

"Saya turut diberitahu yang harga minyak di Arab Saudi meningkat sehingga 50 peratus tetapi rakyat kita riuh rendah apabila harga minyak naik 20 sen.

"Apa yang saya hendak tegaskan, janganlah kita termakan hasutan pihak pembangkang (mempolitikkan isu berkenaan) sebab setiap dilakukan kerajaan untuk kepentingan kita bagi jangka pendek dan panjang," katanya. - BH
Pemberian BR1M Bukan Rasuah, Perlaksanaan GST Adalah Tepat Pemberian BR1M Bukan Rasuah, Perlaksanaan GST Adalah Tepat Reviewed by Unknown on February 27, 2017 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.