Seo Services

Pencapaian STPM 2016 Meningkat



PUTRAJAYA: Pencapaian calon dalam Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2016 meningkat dalam kesemua kriteria pencapaian dan mengatasi semua pencapaian sejak STPM modular diperkenalkan pada 2013.

Pengerusi Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM), Prof. Datuk Seri Dr. Mustafa Ishak ketika mengumumkan keputusan itu berkata, Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) Nasional telah mencatatkan peningkatan dari 2.65 pada STPM 2015 kepada 2.71 pada STPM 2016.

Katanya, PNGK calon sekolah kerajaan juga didapati mengatasi PNGK nasional iaitu 2.72.

"Bilangan calon yang mendapat PNGK 4.00 atau four flat daripada keseluruhan calon yang hadir dalam STPM 2016 telah bertambah daripada 335 calon atau 0.80 peratus kepada 565 calon atau 1.31 peratus, iaitu meningkat sebanyak 0.51 peratus berbanding STPM 2015," katanya pada Majlis Pengumuman Keputusan STPM 2016 di sini hari ini.

Sebanyak 43,235 calon telah menduduki STPM 2016.- Utusan Online
Pencapaian STPM 2016 Meningkat Pencapaian STPM 2016 Meningkat Reviewed by uMieySurianie on February 28, 2017 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.