Seo Services

Polis Nafi Tutup Jalan Kerana Jong-un Datang


KUALA LUMPUR: Satu nota suara (voice note) yang viral menerusi aplikasi WhatsApp, hari ini mengatakan polis melakukan penutupan jalan di beberapa laluan utama sekitar ibu negara kononnya Presiden Korea Utara, Kim Jong-un akan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) adalah tidak benar.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd Nadzri Hussain yang dihubungi BH, menafikan perkara itu kerana sebarang penutupan jalan akan dimaklumkan terlebih dulu kepada orang awam menerusi hebahan media.

"Jika kita hendak menutup sebarang laluan untuk apa juga acara, perkara itu akan terlebih dulu dimaklumkan kepada orang ramai menerusi hebahan media beberapa hari sebelum acara itu serta mencadangkan laluan alternatif.

"Ini kerana tidak adil kepada pengguna jalan raya sekiranya kita tiba-tiba menutup laluan tanpa pemberitahuan awal, ..apa yang diperkatakan oleh individu dalam voice note berkenaan adalah tidak benar," katanya.

Menerusi nota suara berdurasi satu minit empat saat itu, kedengaran suara seorang lelaki memberi amaran mengenai kesesakan yang teruk sedang berlaku kerana kononnya Jong-un akan datang ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan polis menutup laluan sehingga menimbulkan kekecohan.

"Assalamualaikum dan selamat tengah hari.. ni saya nak kongsi maklumat. Ini yang terbaru, sangat-sangat terbaru dan tidak diketahui oleh ramai orang. Sekarang ini laluan daripada Tol Sungai Besi menghala ke Kuala Lumpur telah ditutup sepenuhnya. Begitu juga dengan MEX (Lebuh Raya Maju) dari Seri Kembangan turun ke Kuchai Lama terus ditutup. Ekor (kesesakan) kat atas tu dah panjang, sampai dah lebih daripada exit (susur keluar) Bukit Jalil.

"Dengar cerita Presiden Korea Utara (Kim Jong-un) dah sampai. Dia on the way (dalam perjalanan) ke HKL. Jadi jalan-jalan yang menghala ke KL (Kuala Lumpur) dan ke HKL akan ditutup sepenuhnya. Tiada satu kenderaan pun yang boleh lalu. Jadi ini memang orang tengah kecoh.. dekat Seri Kembangan, Seri Serdang. Mana-mana simpang yang keluar menghala ke Jalan Sungai Besi tu semua tengah kecoh, ada yang bergaduh dengan polis trafik.

"Jadi mana yang rasa nak keluar ke apa ini hari, pandai-pandailah cari jalan alternatif. Lepas tu, kalau boleh tangguhkan lah.. memang tengah teruk sekarang ni. Sekian terima kasih," kata individu berkenaan.

Menurut Mohd Nadzri, orang ramai diminta jangan mudah percaya dengan perkara yang viral seperti itu dan boleh merujuk dengan pihak polis atau polis trafik untuk kepastian.-BH
Polis Nafi Tutup Jalan Kerana Jong-un Datang Polis Nafi Tutup Jalan Kerana Jong-un Datang Reviewed by Unknown on February 27, 2017 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.