SEPANG: Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al-Saud tiba di Malaysia sebentar tadi bagi lawatan rasmi empat hari ke negara ini.
Pesawat rasmi yang membawa baginda mendarat di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini, pada jam 10.32 pagi ini.
Ketibaan baginda yang juga Penjaga Dua Masjid Suci, disambut oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak serta anggota Kabinet.
Baginda seterusnya membuat pemeriksaan kawalan kehormat setempat terhadap 24 pegawai dan anggota Batalion Pertama Rejimen Renjer Diraja (RRD) yang diketuai Leftenan Mohamad Akmal Mazlan.
Ini adalah kunjungan julung kali Raja Salman ke Malaysia selepas ditabal sebagai Raja Arab Saudi pada 23 Januari 2015.
Selain perbincangan berkaitan hubungan diplomatik dan ekonomi, topik lain bakal menjadi keutamaan untuk diketengahkan termasuk berkaitan isu kuota haji Malaysia.-BH
Raja Arab Saudi, Raja Salman Tiba Di Malaysia
Reviewed by Unknown
on
February 26, 2017
Rating:
No comments: