Seo Services

Ramai hilang pekerjaan jika pembangkang pemerintah - Ismail Sabri

Image result for ismail sabri yaakob
KUCHING: Memilih kerajaan lain selain daripada Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang akan menyebabkan ramai daripada penjawat awam di Malaysia kehilangan pekerjaan masing-masing.

Sebelum ini, Setiausaha Publisiti Kebangsaan Parti Tindakan Demokratik (DAP), Tony Pua pernah menjelaskan bahawa Pakatan Pakatan Harapan (PH) akan melaksanakan polisi mengurangkan kakitangan kerajaan yang disifatkan tidak memberi pulangan kepada pendapatan negara.

”Pembangkang telah menyatakan dengan jelas bahawa mereka mahu mengurangkan separuh daripada kakitangan kerajaan jika rakyat memilih mereka,” kata Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

”Maknanya, jika pemerintahan negara ini diambil oleh kerajaan selain daripada BN, maka separuh daripada kakitangan kerajaan akan kehilangan pekerjaan.

”Pilihan di tangan anda, sama ada mahu kekal bekerja atau pilih kerajaan lain yang akan membuang anda daripada bekerja,” katanya ketika sidang media selepas Majlis Perkhidmatan Cemerlang Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) Tahun 2016 di sini, semalam.

”Selain menjaga kepentingan kakitangan kerajaan sedia ada, kerajaan hari ini turut menjaga kepentingan keistimewaan rakyat Bumiputera tanpa menyekat hak kepentingan kaum lain untuk berjaya,” tambahnya.

Jelas Ismail, kerajaan BN turut membantu kaum Bumiputera di Sarawak dan Sabah dari segi pembangunan ekonomi dan sebagainya.

”Itu adalah kerajaan hari ini. Jika rakyat mahu keistimewaan seperti yang dijanjikan dalam perlembagaan dikekalkan, rakyat harus pilih kerajaan hari ini,” ujarnya.

Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) turut menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak supaya mengabaikan gesaan pembangkang untuk mengurangkan jumlah penjawat awam di negara ini.

Agenda mengurangkan jumlah kakitangan kerajaan merupakan sebahagian daripada modal kempen DAP di kalangan pengundi bukan bumiputera khususnya bagi menghadapi PRU 14. - Sarawakiana
Ramai hilang pekerjaan jika pembangkang pemerintah - Ismail Sabri Ramai hilang pekerjaan jika pembangkang pemerintah - Ismail Sabri Reviewed by Azmin on February 24, 2017 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.