Seo Services

'Ring Of Fire' Di Langit Gelap


Sarmiento (Argentina): Pengkaji bintang dan peminat astronomi di sini bertepuk tangan apabila kawasan itu gelap selepas gerhana matahari yang dipanggil 'ring of fire' atau cincin berapi pada Ahad.

Kira-kira 300 orang berkumpul berhampiran Sarmiento, Argentina di mana gerhana itu meninggalkan 'cincin' terang di langit gelap.

Menggunakan teleskop khas, cermin mata pelindung atau peranti lubang jarum buatan sendiri, mereka menyaksikan matahari yang hampir sepenuhnya dilindungi bulan.

Beberapa pemerhati turut meniupkan hon 'erke' iaitu hon panjang tradisional Amerika Selatan.

Mereka antara orang pertama dapat menyaksikan gerhana matahari anulus yang berlangsung kira-kira 12 tengah hari GMT (8 malam waktu Malaysia), semalam.


Gerhana matahari anulus berlaku apabila Bumi, bulan dan matahari sebaris. Namun, bulan masih terlalu jauh dari Bumi untuk melindungi matahari sepenuhnya dan sebaliknya menyebabkan bentuk cincin kelihatan.

Gerhana itu paling sesuai dilihat dalam kawasan 100 kilometer merentasi Chile, Argentina, Angola, Zambia dan Republik Demokratik Congo.-AFP
'Ring Of Fire' Di Langit Gelap 'Ring Of Fire' Di Langit Gelap Reviewed by Unknown on February 27, 2017 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.