SIBU : Kes serangan buaya semakin meningkat di negeri ini dan sesuatu harus dilakukan, Jawatankuasa Keselamatan Kampung (JKKK) perlu ada inisiatif sendiri bagi mengurangkan kes serangan yang membabitkan buaya.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Daro Safiee Ahmad berkata, ini kerana JKKK yang berada di kampung atau rumah panjang di tepi sungai perlu peka terhadap kejadian sebegini dan seharusnya mereka bertindak terlebih dahulu tanpa bergantung sepenuhnya kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) atau kerajaan.
"JKKK perlu mempunyai inisiatif sendiri dengan memberi awal kepada penduduk sekiranya terdapat buaya di kawasan dan membina papan tanda amaran di setiap kawasan termasuk tebingan sungai sementara menunggu pihak kerajaan atau Sarawak Forestry Corporation (SFC) melakukan tindakan seterusnya.
"Penduduk seharus lebih peka dengan keselamatan diri dan sentiasa berhubung serta melaporkan kepada JKKK jika melihat kelibat buaya di situ," katanya kepada media.
Safiee turut menggesa agar penduduk dan JKKK saling berhubung satu sama lain dan bukan setakat buaya yang perlu di ambil perhatian, malah haiwan lain yang boleh mengancam keselamatan penduduk juga perlu di diambil perhatian.-Sarawakiana
Risiko Serangan Buaya, JKKK Perlu Ada Inisiatif Sendiri
Reviewed by Unknown
on
February 25, 2017
Rating:
No comments: