BINTULU: Sebuah rumah setingkat musnah keseluruhannya selepas dijilat api dalam kebakaran yang berlaku sekitar jam 11.40 pagi tadi di Batu 28, Jalan Bintulu-Miri.
Ketika kejadian, kesemua empat penghuni tiada di rumah.
Menurut jurucakap bomba, sepasukan lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintulu bergegas ke lokasi sejurus laporan diterima.
"Semasa kejadian berlaku, penghuni tidak ada di rumah dan empat orang mendiami rumah terbabit," katanya.
Punca dan kerugian akibat kebakaran tersebut masih disiasat.-Sarawakiana
Rumah Terbakar Ketika Penghuni Tiada
Reviewed by Unknown
on
February 28, 2017
Rating:
No comments: