Seo Services

Ryan Gosling Pandai ‘Cilok’ – Nabil Ahmad



KUALA LUMPUR: Pertama kali diberi peluang mengacarakan segmen karpet merah di Anugerah Akademi ke-89 (Oskar), pelawak dan pengacara Nabil Ahmad melahirkan rasa teruja tatkala bertemu ramai selebriti popular antarabangsa.

Bagaimanapun menurut Nabil, 33, dia sedikit kecewa apabil hasratnya untuk menebual calon bagi kategori pelakon lelaki terbaik menerusi filem La La Land iaitu Ryan Gosling tidak kesampaian.

"Ryan Gosling memang pandai cilok (menyelinap). Semua media memang menanti kehadiran dia tapi semua tak nampak.

"Mereka beritahu dia ada melalui karpet merah, tapi tak perasan kelibatnya untuk ditemubual," katanya pada Isnin.

Anugerah itu berlangsung di Teater Dolby, Los Angeles pada malam Ahad (waktu tempatan).

Nabil ditemubual pada acara tontonan eksklusif anugerah itu bersama selebriti tempatan anjuran HBO Asia di Hotel Ritz Carlton di sini pada Isnin.

Namun menurut Nabil dia sempat menebual beberapa selebriti Hollywood seperti Nicole Kidman, Denzel Washington, Emma Stone dan Jackie Chan.

"Ini pengalaman yang sangat menakjubkan dan menyeronokkan. Saya menemui ramai pelakon-pelakon hebat.

"Tolong bawa saya ke sini lagi tahun depan," katanya penuh ceria.

Menerusi lintas langsung itu Nabil ditemubual oleh Daphne Iking, Kamal Adli dan Syazwan Zakariah.

Rakaman temubual Nabil di karpet merah itu nanti akan disiarkan di saluran HBO Sentral.-mStar
Ryan Gosling Pandai ‘Cilok’ – Nabil Ahmad Ryan Gosling Pandai ‘Cilok’ – Nabil Ahmad Reviewed by Unknown on February 27, 2017 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.