Seo Services

Sarawak Minta KPM Tidak Menutup Sekolah Kurang Murid

KUCHING: Sarawak berharap Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) tidak menutup sekolah kurang murid di negeri ini walaupun jumlah murid di sekolah terbabit agak kecil.

Menteri Muda Kebajikan dan Kesejahteraan Komuniti Dr Abdul Rahman Ismail berkata, tindakan menutup SKM memang mudah tetapi untuk membuka sekolah baharu agak sukar dan ia akan menjejaskan murid-murid di luar bandar.

Menurutnya, kerajaan sedang rancak melaksana projek pembangunan yang memberi impak kepada peningkatan ekonomi luar bandar untuk menggalakkan penduduk kembali ke kampung sekali gus meningkatkan jumlah murid di pedalaman.

“Jangan tutup SKM demi masa depan anak-anak kita di luar bandar,” katanya dipetik Utusan Borneo

Kementerian Pendidikan mengkategorikan sekolah mempunyai 150 murid ke bawah sebagai SKM.

Beliau menambah, Pelan Strategik Deklarasi Telahak menggaris beberapa perancangan terperinci dan komprehensif mengenai hala tuju pendidikan akan dicapai menjelang 2020.

“Dokumen itu amat penting yang merangkumi pelbagai pelan pendidikan dalam usaha mengangkat dan melonjak sektor pendidikan di Limbang sejajar dengan hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia dalam melahirkan modal insan berkualiti di utara negeri ini,” katanya. - Sarawakiana
Sarawak Minta KPM Tidak Menutup Sekolah Kurang Murid Sarawak Minta KPM Tidak Menutup Sekolah Kurang Murid Reviewed by Admin on February 24, 2017 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.