Seo Services

Siasatan Kes Bunuh Jong-nam Selesai, Tunggu Keputusan AG

Image result for Kim Jong Nam
KUALA LUMPUR: Kertas siasatan kes pembunuhan abang kepada pemimpin Korea Utara, Kim Jong-nam, sudah dihantar kepada pejabat Peguam Negara tengah hari semalam untuk penilaian, sebelum sebarang tindakan diambil ke atas suspek. 

Ini berikutan tempoh reman suspek wanita Vietnam, Doan Thi Huong, 29; dan warga Indonesia, Siti Aishah, 25 serta lelaki Korea Utara, Ri Jong-chol, 47, akan berakhir Rabu dan Jumaat ini. 

Sumber berkata, kertas siasatan berkenaan merangkumi fakta kejadian, laporan pembabitan tiga suspek dalam kes pembunuhan Jong-nam. 

"Tempoh reman suspek bakal berakhir selepas masing-masing ditahan 14 hari bagi membantu siasatan kes pembunuhan itu. 

"Siasatan dijalankan Bahagian Siasatan Jenayah, Polis Kontinjen Selangor serta pegawai penyiasat dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang, " katanya ketika dihubungi malam tadi. 

Katanya, sebarang tuduhan terhadap tiga suspek yang dalam tahanan itu akan ditentukan oleh pejabat Peguam Negara selepas menyemak dan meneliti kertas siasatan yang dikemukakan. 

"Antara yang penting dalam kertas siasatan itu termasuklah laporan Jabatan Kimia berhubung analisa ke atas cecair yang digunakan untuk membunuh Jong-nam. 

"Laporan berkenaan yang dikeluarkan pada 24 Februari lalu menyatakan bahan kimia adalah Ethyl S-2-Diisopropylaminoethyl Methylphosphonothiolate atau Agen Saraf VX," katanya. 

Katanya, jika pejabat Peguam Negara mengambil keputusan mendakwa semua suspek ke mahkamah, pihaknya tetap meneruskan usaha mengesan tujuh lagi suspek warga Korea Utara termasuk tiga yang dipercayai masih berada dalam negara ini. 

Mengulas mengenai proses ujian Asid Deoksiribonukliek atau DNA ke atas mayat Jong-nam dan warisnya, katanya, pihaknya tidak mempunyai maklumat berkenaan. 

Katanya, proses itu dikendalikan sepenuhnya oleh pasukan khas dari Bukit Aman. - BH
Siasatan Kes Bunuh Jong-nam Selesai, Tunggu Keputusan AG Siasatan Kes Bunuh Jong-nam Selesai, Tunggu Keputusan AG Reviewed by Azmin on February 28, 2017 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.