SEPANG - Salah seorang daripada dua suspek wanita kes pembunuhan pemimpin dalam buangan Korea Utara, Kim Jong-nam yang kini direman mengalami muntah dipercayai kesan bahan kimia VX Nerve Agent.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, bagaimanapun tidak mendedahkan identiti suspek wanita berkenaan.
"Seorang suspek wanita disahkan mengalami muntah-muntah yang dipercayai kesan bahan kimia tersebut," katanya ketika ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini hari ini.
Beliau pagi tadi mengesahkan cecair yang digunakan dalam kes pembunuhan Jong-nam dikenal pasti sebagai ‘Ethyl S-2-Diisopropylaminoethyl Methylphosphonothiolate’ atau ‘VX Nerve Agent’. - K! ONLINE
Suspek Wanita Alami Muntah Akibat VX Nerve Agent
Reviewed by Unknown
on
February 24, 2017
Rating:
No comments: