Seo Services

Tak Mampu Kawal Nafsu Seks Lelaki Minta Doktor Buang Kemaluan


BEIJING: Seorang lelaki di China membuat permintaan yang pelik pada pihak hospital bagi mengatasi masalah nafsu seksnya yang kuat.

Lelaki berusia 40-an yang tidak dinamakan itu, meminta doktor untuk membuang buah kemaluannya kerana dia mengakui tidak boleh mengawal nafsunya.

Menurut laporan portal MailOnline, lelaki itu pergi ke Hospital Changsha Sunshie dan meminta bantuan Dr Wu Yin dari unit kesuburan.

Dia mendakwa pernah mengikuti kursus dalam talian yang dianjurkan oleh Dr Wu dan mengambil keputusan untuk mendapatkan bantuan pakar tersebut.

Dr Wu berkata, lelaki itu memasuki kelasnya dan memberitahu tentang masalah yang dihadapinya.

“Saya menyerahkan kes itu kepada Dr Wang Xiang daru unit andrologi yang melibatkan masalah berkaitan lelaki,” katanya.

Bagaimanapun doktor menasihati lelaki itu agar tidak melakukan pembedahan tersebut kerana ia boleh merosakkan masa depannya.

Namun dia tetap berdegil mahu membuang buah kemaluannya, sekali gus memaksa pihak hospital menghubungi polis.

Lelaki itu bagaimanapun menghilangkan diri sebelum polis tiba. - TV14
Tak Mampu Kawal Nafsu Seks Lelaki Minta Doktor Buang Kemaluan Tak Mampu Kawal Nafsu Seks Lelaki Minta Doktor Buang Kemaluan Reviewed by Unknown on February 27, 2017 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.