Seo Services

‘VX Nerve Agent’ Senjata Pembunuh Dalam Peperangan



Kuala Lumpur : Hanya digunakan dalam peperangan. Itu kata Pensyarah Jabatan Kimia Universiti Malaya (UM) Prof Dr Rosiyah Yahya mengenai Ethyl S-2-Diisopropylaminoethyl Methylphosphonothiolate atau ‘VX Nerve Agent’, bahan kimia yang digunakan dalam kes pembunuhan Kim Jong-nam.

Rosiyah berkata, kimia fosforus itu sebenarnya banyak dipraktikkan pada 1940-an yang pada asalnya untuk menghasilkan racun perosak.


Katanya, ia boleh dibawa di dalam bekas biasa asalkan tidak terkena kulit.

“Bahan itu tidak boleh didapati di Malaysia kerana tiada ahli kimia kita yang membuat kajian mengenainya. Tiada keperluan kajian disebabkan ia hanya digunakan dalam peperangan.

“Ahli kimia di sini cuma membuat kajian mengenai sebatian fosforus sebagai contoh untuk menghasilkan racun perosak saja,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menurutnya, sebatian yang tidak mempunyai bau dan rasa itu sangat likat yang dihasilkan menerusi pelbagai tindak balas kimia.

"VX memberhentikan enzim penting daripada 'bekerja' sehingga membawa kepada keletihan badan dan tidak mampu lagi untuk bernafas.

"Kesannya (menyebabkan kematian) tidak lama, dalam masa antara 10 hingga 15 minit bergantung kepada badan mangsa dan jumlah dos yang diberikan," katanya ketika dihubungi hari ini.

Dalam kejadian 13 Februari lalu, Jong-nam yang juga abang kepada pemimpin Korea Utara, Kim Jong-Un maut selepas dikatakan disembur dan ditekup dengan kain mengandungi cecair racun di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2).

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar kemudian mengesahkan hasil laporan awal analisa Jabatan Kimia Malaysia mendapati bahan kimia VX digunakan dalam kes pembunuhan lelaki warga Korea Utara itu.

Menurut Rosiyah, bahan kimia VX itu juga boleh meresap melalui kulit dan boleh bertindak dengan pantas.

"VX ini adalah sebatian heteroatom yang mempunyai banyak unsur iaitu produk akhirnya mempunyai unsur sulfur, nitrogen, oksigen dan fosforus.

"Ia meresap ke dalam kulit seperti kita sapu minyak dan jika terkena, kita perlu cuci segera dengan air bersih yang mengalir dan sabun dalam masa 10 hingga 16 minit," katanya.-HM
‘VX Nerve Agent’ Senjata Pembunuh Dalam Peperangan ‘VX Nerve Agent’ Senjata Pembunuh Dalam Peperangan Reviewed by Unknown on February 24, 2017 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.