Seo Services

11 Dibunuh Dalam Pergaduhan Geng Di Mexico



MEXICO CITY: Sebelas mayat ditemui berhampiran kawasan pelancongan Veracruz dekat sini pada Rabu, sehari selepas kerajaan mengumumkan penghantaran pasukan polis persekutuan untuk mententeramkan keadaan di antara wilayah paling bergolak di negara itu.

Gabenor Miguel Angel Yunes, berkata mayat yang terdiri daripada sembilan lelaki dan dua wanita itu ditemui dengan kesan penderaan, bergelimpangan di dalam dan luar kenderaan yang dilaporkan hilang.

"Pembunuhan 11 orang di kawasan pinggir bandar antara pelabuhan Veracruz dan Boca del Rio adalah satu tindakan tidak bertamadun.

Ia adalah pergaduhan antara dua kumpulan penjenayah terancang dan ia bukan serangan terhadap penduduk Veracruz," kata Yunes.

Menurut Yunes, satu nota yang ditulis anggota kumpulan penjenayah yang beroperasi di kawasan terbabit dijumpai berhampiran mayat tetapi beliau tidak memberikan butiran lanjut.

Kenyataan itu dibuat sehari selepas Yunes dan Menteri Dalam Negeri Mexico, Miguel Angel Osorio Chong mengumumkan penghantaran polis persekutuan ke Veracruz untuk meningkatkan keselamatan di negeri itu.

Menurut data rasmi, 1,258 kes pembunuhan didaftarkan di negeri itu tahun lepas, apabila waran tangkap dikeluarkan ke atas bekas gabenor Javier Duarte atas dakwaan terbabit dalam jenayah terancang dan pengubahan wang haram. - Reuters

11 Dibunuh Dalam Pergaduhan Geng Di Mexico 11 Dibunuh Dalam Pergaduhan Geng Di Mexico Reviewed by uMieySurianie on March 02, 2017 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.