KUCHING: Polis Sarawak menahan 39 individu dalam 25 serbuan perjudian haram di sekitar negeri ini sejak 20 Mac hingga semalam.
Usaha membanteras perjudian di negeri ini dipergiatkan dari semasa ke semasa dalam usaha memastikan kegiatan judi yang kian berleluasa di negeri ini dapat dibendung terutama judi tanpa lesen dan judi siber.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kontinjen Sarawak SAC Dato’ Dev Kumar berkata, serbuan dijalankan oleh sepasukan pegawai dan anggota pasukan Kongsi Gelap, Judi & Maksiat D7 Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak dan pasukan D7 daerah-daerah.
“Pihak kami (polis) berjaya merampas wang tunai sebanyak RM10,714, telefon bimbit, pencetak mudah alih, kalkulator dan peralatan tulis di sekitar Kuching dan Padawan dalam serbuan ke atas 20 premis dan tempat yang menjalankan kegiatan jual loteri haram tanpa lesen secara terbuka,” katanya dalam satu kenyataan akhbar hari ini.
Mengulas lanjut, Dev memberitahu serbuan ke atas beberapa premis perjudian siber di Lawas, Limbang, Serian dan Marudi, pihak polis berjaya merampas wang tunai sebanyak RM3440, 40 unit komputer, tablet dan mesin judi yang diubahsuai untuk perjudian atas talian.
Kesemua yang ditahan berusia 17 hingga 40 tahun terdiri daripada 22 wanita dan selebihnya lelaki akan disiasat atas kesalahan dibawah Akta Rumah Judi Terbuka 1953.-Sarawakiana
39 Ditahan Dalam 25 Serbuan Judi Di Sarawak
Reviewed by Unknown
on
March 27, 2017
Rating:
Reviewed by Unknown
on
March 27, 2017
Rating:



No comments: