MELAKA: Seorang pengurus bar dijatuhkan hukuman penjara keseluruhan berjumlah 40 tahun dan dikenakan 20 sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini, selepas mengaku salah terhadap 20 pertuduhan pecah amanah membabitkan kerugian RM64,620.25, awal tahun ini.
Hakim Norma Ismail yang menjatuhkan hukuman penjara dua tahun dan satu sebatan bagi setiap pertuduhan dihadapi C Baldev Singh, 36, bagaimanapun memerintahkan hukuman penjara berjalan serentak bermula dari tarikh ditangkap pada 22 Mac lalu.
Tertuduh berdepan 20 pertuduhan pecah amanah membabitkan nilai keseluruhan kerugian RM64,620.25 di Rock Bottom Kitchen & Bar, di kompleks beli-belah The Shore, antara 21 Februari hingga 12 Mac 2017.
Dia didakwa mengikut Seksyen 408 Kanun Keseksaan yang memperuntuk hukuman penjara sehingga 14 tahun dan dengan sebat dan boleh dikenakan denda.
Tertuduh yang tidak diwakili peguam, memohon hukuman paling ringan manakala pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya N Sivashangari mencadangkan hukuman setimpal.-myMetro
Penjara 40 Tahun, 20 Sebatan
Reviewed by Unknown
on
March 27, 2017
Rating:
Reviewed by Unknown
on
March 27, 2017
Rating:

No comments: