Seo Services

AS, Korea Selatan Tingkat Sekatan Terhadap Korea Utara

Image result for Steven Mnuchin

SEOUL: Korea Selatan dan Amerika Syarikat (AS), hari ini setuju untuk memperkukuhkan kerjasama bagi menguatkuasakan sekatan kewangan terhadap Korea Utara. 

Persetujuan itu dicapai antara kedua-dua Kementerian Kewangan dalam satu pertemuan di sini, selepas Pyongyang melancarkan ujian senjata balistik terbaharu, pada bulan lalu.

Setiausaha Perbendaharaan AS, Steven Mnuchin dan Menteri Kewangan Korea Selatan, Yoo Il-ho melahirkan kebimbangan terhadap ujian senjata balistik yang dijalankan oleh Korea Utara pada 12 Februari lalu. 

Dalam kenyataan yang dikeluarkan selepas pertemuan itu, kedua-dua negara bersetuju untuk melakukan susulan terhadap sekatan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan yang dijalankan oleh negara itu. 

Mnuchin dan Il-ho turut mengesahkan lagi jalinan hubungan erat dari segi ekonomi antara AS dan Korea Selatan, selain bersetuju untuk mengadakan perbincangan lebih lanjut dalam mesyuarat Kumpulan 20 Menteri Kewangan dan gabenor bank pusat, bulan ini. - Reuters
AS, Korea Selatan Tingkat Sekatan Terhadap Korea Utara AS, Korea Selatan Tingkat Sekatan Terhadap Korea Utara Reviewed by Azmin on March 02, 2017 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.