SARIKEI: Sebanyak 300 balak bernilai RM54,000 yang ditebang tanpa cop Jabatan Hutan Sarawak (JHS) dirampas Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 5 Sarawak di Jalan Sungai Petai, di sini, petang semalam.
Memetik laporan Harian Metro, Komander PPM Wilayah 5 Asisten Komisioner Salehuddin Mat Zaman berkata, pasukannya menjalankan serbuan jam 2.45 petang selepas menjalankan risikan beberapa hari lalu.
Menurutnya, dua serbuan dijalankan di kawasan sama menemui 300 balak pelbagai jenis yang ditebang pembalak haram.
"Dalam serbuan itu, polis merampas sebuah jengkaut yang digunakan untuk mengangkut balak dan menahan seorang lelaki Indonesia untuk siasatan lanjut.
"Semua barangan yang dirampas diserahkan kepada JHS untuk siasatan lanjut mengikut Ordinan Perhutanan Sarawak 2015 manakala lelaki itu ditahan polis kerana tidak memiliki dokumen pengenalan diri," katanya.-Sarawakiana
Balak RM54,000 Dirampas
Reviewed by Unknown
on
March 03, 2017
Rating:
No comments: