KUCHING: Barangan akan dirampas sekiranya perniaga masih berdegil untuk menjalankan perniagaan secara haram di tepi jalan berdepan Pasar Petanak.
Pengerusi Pasar dan Peniaga Kecil, Kaunselor Goh Tze Hui berkata, setakat ini terdapat enam peniaga haram dikesan berniaga di kawasan tersebut.
“Mereka telah dinasihati agar menghentikan operasi di kawasan tersebut, malah kami turut menawarkan bantuan untuk menempatkan mereka di Medan Niaga Satok atau Pasar Petanak.
“Namun, hanya dua peniaga bersetuju dengan tawaran tersebut manakala baki yang lain terus berkeras untuk berniaga di sana (Jalan Petanak) secara haram,” katanya.
Memetik laporan Utusan Borneo, Datuk Bandar Kuching Selatan, Datuk James Chan berkata, kegagalan untuk mematuhi arahan mengosongkan kawasan operasi perniagaan tersebut akan menyebabkan peniaga dikenakan kompaun.
“Kami akan menjalankan operasi penguatkuasaan terhadap peniaga yang degil selepas tempoh notis akhir (31 Mac) dengan kerjasama pihak berkaitan termasuk polis.
“Malah barangbarang milik peniaga turut akan dirampas sekiranya pihak tersebut masih berdegil dan tidak mematuhi arahan,” ujarnya.
Menurutnya, para peniaga tersebut telah dinasihatkan oleh Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) untuk berpindah sebelum ini, namun mereka masih berdegil.
Beliau menambah, para peniaga tersebut diberi notis akhir sehingga hujung bulan ini untuk berpindah sebelum sebarang tindakan diambil.-Sarawakiana
Barangan Dirampas Jika Terus Berniaga Secara Haram
Reviewed by Unknown
on
March 29, 2017
Rating:
Reviewed by Unknown
on
March 29, 2017
Rating:

No comments: