KUCHING: Pengambilalihan Empangan Hidroelektrik (HEP) Bakun daripada kerajaan pusat sedang giat diusahakan.
“Pengamabilalihan HEP Bakun daripada kerajaan pusat boleh dianggap sudah selesai,” kata Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Openg.
Menurutnya, kita akan mengambil alih HEP Bakun secara keseluruhan selepas berusaha keras dan semua butiran selesai tidak lama lagi.
“Hakikatnya, ia sudah dilakukan cuma ia memerlukan usaha sewarjarnya dan formaliti,” tambah beliau melakukan lawatan kerja ke Menara Sarawak Energy Berhad (SEB) di The Ithmus seterusnya menyaksikan Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) antara SEB dan Sarawak Forestry Corporation (SFC).
“SEB akan mengambil alih HEP Bakun sepenuhnya dengan harga pengambilalihan sebanyak RM 2.5 bilion,” jelas beliau.
Ujarnya, SEB dalam usaha memantapkan ‘kebolehtahanan’ sistem agihan tenaga elektrik di negeri ini dan pada masa yang sama memastikan gangguan bekalan elektrik pada masa akan datang dapat dikurangkan.
“SEB melalukan yang terbaik untuk mengurangkan cabaran-cabaran di sepanjang sistem pengagihan tenaga elektrik terutama pada frid transmisi yang sering terjejas oleh hidupan liar hingga menyebabkan kerapnya insiden terputus bekalan elektrik di negeri ini,” tambahnya.
Turut hadir pada majlis tersebut ialah Menteri Kemudahan Awam Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom, Menteri Muda Elektrik dan Telekomunikasi Dr Abdul Rahman Junaidi, Menteri Muda Bekalan Air Datuk Roland Sagah Wee Inn, Setiausaha Kerajaan Negeri Tan Sri Datuk Amar Mohamad Morshidi Abdul Ghani, Pengerusi SEB Datuk Amar Abdul Hamed Sepawi, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan SEB Sharbini Suhaili dan Ketua Pegawai Eksekutif SFC Won Ting Chung. - Sarawakiana
HEP Bakun Memang Milik Sarawak
Reviewed by Azmin
on
March 29, 2017
Rating:
Reviewed by Azmin
on
March 29, 2017
Rating:

No comments: