Seo Services

Belum ada keputusan beli pesawat tempur Rafale - Najib

PUTRAJAYA: Malaysia belum bersedia membuat sebarang keputusan mengenai pembelian pesawat tempur pelbagai peranan (MRCA) buatan Perancis, Rafale, kata Datuk Seri Najib Razak. 

Perdana Menteri berkata, beliau bagaimanapun mengakui kemampuan jentera itu di beberapa buah negara. 

"Malaysia dan Perancis hari ini bersetuju untuk mempertingkatkan hubungan dua hala, khususnya dalam bidang pertahanan dan keselamatan. 

"Seperti yang kita sedia maklum, Malaysia adalah pembeli utama peralatan ketenteraan buatan Perancis dan sebahagian perbincangan hari ini berkaitan kemungkinan bagi perolehan kelengkapan ini.


"Sebagai contoh MRCA Rafale turut dibincangkan, kita melihat kepada kemungkinan, namun kita belum bersedia buat keputusan," katanya pada sidang media bersama Presiden Perancis, Francois Hollande di Bangunan Perdana Putra di sini, hari ini. 

Hollande tiba di Kompleks Bunga Raya Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) semalam bagi memulakan lawatan negara dua hari ke Malaysia. 

Najib berkata, Malaysia dan Perancis turut bersedia untuk bekerjasama erat dalam soal memerangi ekstremisme dan keganasan global. 

"Malaysia bersetuju berkongsi pengalaman kita memerangi anasir keganasan dan kita sudah menyerahkan modul deradikalisasi yang dilaksana negara ini kepada Perancis, yang sudah memperoleh kejayaan sebanyak 95 peratus," katanya. 

Selain itu, Perdana Menteri berkata, turut dibincangkan mengenai kerjasama antara pengeluar kenderaan Perancis, Peugeot dan PROTON. 

"Saya difahamkan Peugeot sedang menjalankan perbincangan yang serius dengan PROTON, namun belum ada sebarang perkara yang dimuktamadkan, tapi ada kemungkinan (untuk kerjasama)," katanya. - BH
Belum ada keputusan beli pesawat tempur Rafale - Najib Belum ada keputusan beli pesawat tempur Rafale - Najib Reviewed by Azmin on March 28, 2017 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.