Seo Services

Video 16 Saat Pengubat Rindu

TAWAU: Rakaman video sidang media sepanjang 16 saat memaparkan kelibat Fandy Bakran, seorang daripada tiga tebusan warga Malaysia yang diselamatkan pihak keselamatan Filipina kelmarin, memadai mengubat rindu ibunya, Hasmiah Lahapi, 50. 

Selepas lapan bulan tidak mendengar khabar berita, peluang mendengar suara dan melihat anaknya yang berusia 26 tahun menerusi rakaman video dimuat naik sebuah portal berita Filipina menerusi Twitter petang semalam, melegakan Hasmiah. 

Hasmiah melihat rakaman selepas ditunjukkan ahli keluarga dan perasaannya terus bertukar gembira tetapi sayu melihat fizikal anaknya serta dua mangsa lain dalam keadaan cengkung serta kurus. 

"Saya bersyukur kerana mereka selamat. Selepas melihat video itu, keinginan untuk berjumpa semakin kuat, kalau boleh saya mahu melihat Fandy di depan mata dan mendakapnya sekarang. 

"Lapan bulan terlalu lama tanpa sebarang berita dari Fandy. Saya harap proses menghantar mereka pulang ke tanah air berjalan lancar," katanya kepada BH, hari ini. 

Menerusi rakaman sidang media itu, Fandy yang duduk di kerusi bersama Mohamad Jumadil Rahim, 23, dan Mohd Ridzuan Ismail, 32, menyatakan hasrat untuk segera pulang ke tanah air. 

Mereka turut merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang membantu operasi menyelamat terutama pasukan keselamatan Filipina. 

Ketiga-tiga tebusan yang berada dalam tawanan kumpulan Abu Sayyaf sejak lebih lapan bulan lalu, diselamatkan pihak keselamatan Filipina dalam operasi di satu lokasi di Panglima Estino, Wilayah Sulu, jam 11.30 malam kelmarin. 

Mereka adalah antara lima kru kapal tunda yang diculik di perairan Dent Heaven di Lahad Datu pada 18 Julai tahun lalu, ketika perjalanan ke Semporna selepas menghantar pasir di Sandakan. - BH
Video 16 Saat Pengubat Rindu Video 16 Saat Pengubat Rindu Reviewed by Azmin on March 28, 2017 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.