Seo Services

Biar Hilang Hasil Balak, Tapi Alam Sekitar Terpelihara: Abang Johari


KUCHING: Sarawak akan terus melaksanakan langkah tegas demi memelihara alam sekitar dengan mengurangkan aktiviti pembalakan yang sebelum ini antara penyumbang utama ekonomi negeri. 

Ketua Menteri, Datuk Amar Abang Johari Openg, berkata walaupun langkah mengurangkan aktiviti pembalakan itu dilihat agak merugikan terhadap ekonomi, namun kerajaan negeri ada pilihan lain untuk mendapatkan hasil bagi membangunkan negeri ini. 

"Kita mungkin kehilangan pendapatan daripada hasil pembalakan, tetapi kita boleh mencari sumber pendapatan lain menerusi kekayaan khazanah alam sekitar. 

"Kita pertahankan hutan dan ia boleh dijadikan produk untuk menarik ramai pengunjung untuk menikmati keindahan alam semula jadi yang kita ada," katanya. 

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Anugerah Alam Sekitar Ketua Menteri, di sini, malam ini. 

Yang turut hadir, Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Douglas Uggah Embas; Menteri Perancangan Sumber dan Alam Sekitar II, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan dan Menteri Kerajaan Tempatan, Datuk Dr Sim Kui Hian. 

Sehubungan itu, katanya, beliau bersedia meneruskan dasar yang diperkenalkan oleh Allahyarham Tan Sri Adenan Satem untuk memerangi aktiviti pembalakan haram di negeri ini. - BH
Biar Hilang Hasil Balak, Tapi Alam Sekitar Terpelihara: Abang Johari Biar Hilang Hasil Balak, Tapi Alam Sekitar Terpelihara: Abang Johari Reviewed by Azmin on March 02, 2017 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.