Seo Services

Harga Minyak Ditutup Rendah Di New York

Image result for Oil rig

NEW YORK: Harga minyak ditutup rendah berikutan rekod bekalan tertinggi minyak mentah Amerika Syarikat (AS) merencatkan gerak kerja keseimbangan pasaran yang diusahakan OPEC. 

Simpanan minyak mentah AS, menokok 1.5 juta tong minggu lalu, kurang daripada ramalan, tetapi mencecah rekod pada 520.2 juta tong selepas lapan minggu mencatat peningkatan. 

Peningkatan itu meningkatkan lagi kebimbangan bahawa peningkatan permintaan tidak cukup untuk membendung lebihan bekalan global sungguhpun OPEC dan pengeluar minyak utama lain sedang berusaha mengurangkan pengeluaran. 

West Texas Intermediate (WTI) bagi penghantaran April ditutup pada AS$53.83 satu tong, turun 18 cent atau 0.3 peratus. 

Brent bagi penghantaran Mei turun 15 cent, atau 0.3 peratus, kepada AS$56.36 satu tong. - Reuters
Harga Minyak Ditutup Rendah Di New York Harga Minyak Ditutup Rendah Di New York Reviewed by Azmin on March 02, 2017 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.