WASHINGTON: Sebuah peluru berpandu jenis Hellfire yang dilancarkan dron Agensi Perisikan Pusat (CIA) berjaya membunuh pemimpin al-Qaeda, Abu al-Khayr al-Masri lewat Ahad lalu, kata pegawai perisikan Amerika Syarikat (AS), semalam.
Pegawai yang enggan dikenali itu berkata, Masri, 59 atau nama sebenarnya Abdullah Muhab Rajab Abdulrahman diserang ketika sedang menaiki kereta di sebuah bandar di barat laut Idlib, Syria.
Katanya, Masri adalah pemimpin kedua tertinggi selepas Ayman al-Zawahiri yang juga adalah ahli majlis syura.
Dia juga dikatakan mengahwini anak perempuan Osama Bin Laden. Cable News Network (CNN) membuat laporan awal serangan itu.
Menurut pegawai itu lagi, Masri seperti yang diketahui umum, mencari perlindungan di Iran selepas serangan pada 11 September 2001 dan dipercayai sudah berada di Syria untuk membantu gerakan kumpulan Jabhat Fateh al-Sham, cawangan al-Qaeda yang sebelum ini dikenali sebagai Barisan Nusra.
Kerajaan Iran membebaskannya daripada tahanan rumah sejak dua tahun lalu, sebagai pertukaran kepada duta negara itu yang menjadi tebusan di Yaman oleh kumpulan al-Qaeda Semenanjung Arab.
Kematian Masri bermakna berakhirnya pemburuan hampir 19 tahun AS.
Dia juga dianggap sebagai salah seorang perancang serangan di kedutaan AS Kenya dan Tanzania. - Reuters
CIA Sahkan Pemimpin Al-Qaeda Terbunuh
Reviewed by Azmin
on
March 02, 2017
Rating:
No comments: