Seo Services

Tikam Diri Sendiri Untuk Dapat Cuti



JEPUN: Seorang lelaki sanggup menikam diri sendiri hanya semata-mata mahu mendapatkan cuti.

Namun helahnya itu berjaya dihidu pihak berkuasa malah dia ditangkap pada hari yang sama.

Menurut polis, Masaru Miura,54 dari bandar Kasugai di Aishi menikam diri sendiri di bahagian pinggul dengan pisau berukuran 13 cm panjang di tandas stesen kereta api Nagoya pada 7.20 pagi, 22 Februari.

Selepas berbuat demikian, lelaki berkenaan pergi ke balai polis berdekatan untuk membuat laporan polis mendakwa seorang lelaki yang tidak dikenali telah menikamnya dari arah belakang.

Ketika Masaru menunggu untuk menerima rawatan luka yang dialaminya, dia disoal siasat oleh polis.

Namun, dia akhirnya mengaku menikam dirinya sendiri.

Masaru menjelaskan, dia menjumpai pisau di sebuah belukar berdekatan stesen kereta api berkenaan dan melakukan perbuatan itu kerana tidak mahu pergi ke kerja.

"Saya tidak mahu pergi kerja jadi saya melakukannya dan jika saya cedera, saya fikir saya tidak perlu pergi kerja.

Dia ditahan pada petang hari kejadian atas dakwaan menganggu tugas polis.

Sementara itu memetik laporan TomoNews Jepun, Masaru mengalami masalah mental berkaitan kerja namun tidak diketahui sama ada kerja berlebihan menyebabkan lelaki itu bertindak sedemikian. japankyo.com.- Agensi/Sinar Harian
Tikam Diri Sendiri Untuk Dapat Cuti Tikam Diri Sendiri Untuk Dapat Cuti Reviewed by uMieySurianie on March 02, 2017 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.