
TRIPOLI: Pengawal pantai Libya berjaya memintas 60 pendatang Bangladesh yang cuba menyeberangi Laut Mediterranean ke Eropah. Jurucakap tentera laut, Jeneral Ayoub Qassem berkata hari ini, pendatang terbabit menaiki bot getah di luar pantai Sabratha, barat bandar ini pada awal pagi semalam apabila pengawal pantai memintas mereka.
"Pendatang dibawa ke pantai ke pelabuhan Zawiya dan diserahkan kepada pihak berkuasa bertanggungjawab menguruskan pendatang haram selepas dirawat pasukan perubatan," katanya.
Enam tahun sejak revolusi menggulingkan diktator Muammar Gaddafi, Libya menjadi pusat utama pelepasan kepada pendatang yang melakukan perjalanan berbahaya menyeberangi Laut Mediterranean ke Eropah.
Kebanyakan yang menaiki bot dikendalikan penyeludup di barat negara itu menuju ke pulau Itali di Lampedusa, sejauh 300 kilometer dari situ.
Walaupun dengan ombak ganas musim sejuk, pelepasan sejak beberapa bulan kebelakangan ini meningkat. -AFP
Bot Dinaiki 60 Pendatang Bangladesh Dipintas
Reviewed by Azmin
on
March 28, 2017
Rating:
No comments: