Seo Services

Pelabur Luar Yakin Dasar Keterbukaan Sarawak

Image result for Tanjung Manis

TANJUNG MANIS: Keyakinan pelabur asing kepada dasar kerajaan negeri yang terbuka sejak dahulu lagi banyak menyumbang kepada pembangunan sektor perindustrian.

“Sarawak telah mencapai pelbagai kemajuan dan pembangunan sehingga hari ini hasil daripada dasar sedemikian,” kata Tuan Yang Terutama (TYT) Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan majlis pecah tanah Tapak perindustrian, Kuala Rajang Industrial Synergy Sdn Bhd (KRIS) dan Kompleks Penyimpanan Pukal serta jeti Ascent Industrial Complex (AIC) Sdn Bhd di Kuala Rajang, di sini, semalam.

Menurutnya, tanpa kerjasama daripada negara luar, sudah pasti sukar untuk kerajaan negeri membangunkan pelbagai kemudahan yang diperlukan untuk membangunkan negeri ini.

“Dasar kita adalah terbuka untuk bekerjasama dengan mana-mana pihak khasnya pihak yang boleh membawa pembangunan dan memberi manfaat kepada rakyat dan negeri,” ujarnya.

Menurutnya, kemudahan sedia ada boleh dikongsi bersama negara jiran dan Sarawak telahpun mencari peluang untuk merapatkan hubungan dengan negara anggota ASEAN supaya kerjasama yang baik dapat diwujudkan.

“Oleh kerana itu, saya mengalu-alukan kedatangan pelabur dari luar negara supaya mencari peluang untuk melabur di negeri ini terurama di kawasan industri seperti di Tanjung Manis,” jelasnya.

Beliau turut memberitahu, kerajaan negeri akan memberi tumpuan kepada Kuching yang akan menyokong aktiviti eksport daripada Tanjung Manis dan Bintulu pada masa akan datang.

Turut hadir di majlis berkenaan ialah Menteri Muda Pembangunan Tenaga Kerja dan Latihan yang juga Menteri Muda Alam Sekitar Datu Len Talif Salleh, Menteri Muda Kemudahan Awam (Bekalan Elektrik dan Telekomunikasi) Dr Abdul Rahman Junaidi, Konsulat Jeneral Republik Indonesia Drs Jahar Gultam, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semop Abdullah Saidol dan ADUN Daro Safiee Ahmad. - Sarawakiana
Pelabur Luar Yakin Dasar Keterbukaan Sarawak Pelabur Luar Yakin Dasar Keterbukaan Sarawak Reviewed by Azmin on March 28, 2017 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.