SEBUYAU: Pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) bukan 'gula-gula' kerajaan kepada rakyat untuk meraih sokongan atau undi seperti yang biasa digembar-gemburkan pembangkang.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Dato' Sri Rohani Abdul Karim berkata, BR1M juga bukan berunsur rasuah kerana pemberiannya lebih kepada meringankan beban golongan sasar.
"Tuduhan tidak berasas seperti ini sengaja dilemparkan pembangkang untuk mengelirukan rakyat terutama penerima BR1M berkelayakan.
"Lebih tidak bermoral lagi mereka (pembangkang) turut mengaitkan BR1M dengan hukum halal haram," katanya menerusi kenyataan akhbar.
Malah katanya, kerajaan Arab Saudi melakukan kaedah sama untuk membantu rakyat miskin dengan memberi bantuan kewangan.
"Seperti mana dinyatakan Perdana Meneteri Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini, kerajaan Arab Saudi turut memberi bantuan kewangan kepada rakyat miskin.
"Saya turut berkesempatan bertemu dan berbincang dengan Menteri Pembangunan Sosial dan Pekerja Arab Saudi, Dr Ali Nassir Al Ghafies dua hari lalu, beliau memberitahu Arab Saudi membantu rakyat miskin dengan kaedah bantuan kewangan yang sama.
Sementara itu, seramai 177 orang penerima BR1M di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sebuyau menerima baucar yang disampaikan Pegawai Pejabat Parlimen Batang Lupar, Speri Abdul Karim yang mewakili Rohani manakala Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Beting Maro, Razaili Gapor menyampaikan baucar kepada 811 penduduk DUN Beting Maro.-Sarawakiana
BR1M Bukan 'Gula-gula' Kerajaan - Rohani
Reviewed by Unknown
on
March 02, 2017
Rating:
No comments: